Khamis, 12 Oktober 2017

Backpack to Bangkok,Thailand - Part 1

Hi assalamualaikum...


             Ni baru nak start nak cerita pasai backpack yang lepas,biasalah kan baru nak mula so dia punya rasa akward tu lain macam sikit.tak taw nak mula camna ekceli..hahaha.

            Ok! ni nak cerita pasai backpack yang lepaih..throwback sikit la na..backpack ni kami pi bulan mac baru-baru nie..plan dah lama jugak sebenarnya nak pi Bangkok.Lepaih dari balik krabi haritu lagi.

           Plan kami nak pi sana ofcoz la by train kan..sebab nak nampak adventure acah2 backpakcer la katakan..haha.Disebabkan KTM dah tak lagi jual tiket dari Malaysia terus ke Thailand ,jadi terpaksalah kami kena beli tiket kat sempadan thai-malaysia yakni Padang Besar la..

           Tiket Padang Besar-Bangkok ni boleh beli kt station keretapi Padang Besar..tempat dia plak bukan macam kaunter tiket na..dia punya tempat beli tiket macam dalam bilik pejabat,so masuk dalam tu tanya ja kat pegawai-pegawai imi Thai kat situ kata nak beli tiket.Jangan risau kebanyakan pegawai kat situ boleh cakap melayu tapi dialek thai la..harga tiket Padang Besar-Bangkok ikt Bed la..kalau upper Bed murah sikit dalam 870 Bath dan Lower Bed dalam 960 Bath. Kalau convert duit malaysia around 120 lebih macam tu untuk PERGI sahaja na..so balik kalau naik train jugak mandai la tambah yer..

           Kami pi 4 orang.Aku,in,dik nah dan dayah.semua ni kawan-kawan sekolah lama dulu.Sekepala dan Segila..Trip jadi Best kalau member yang join pun masuk ayaq cam apa..haha..So untuk tiket train ke Bangkok  ni better la ampa beli awai dalam sebulan awai ka tak pun 2 minggu awai sebelum tarikh ampa nak bertolak tu. dan lagi 1 tips masa nak beli tiket train tu mintak la seat yang kat tengah2 train,,jangan la dok pi beli tiket kat hujung-hujung yang dekat dengan toilet..paham2 jala na malaih nak cerita lebih lebih...hahaha

             Kami depart pada hari sabtu 18-03-17 dari Tasek Gelugor terus ke Padang Besar ( around 1 jam 1/2 jugak la nak sampai Padang Besar Malaysia ). Sampai ja Padang Besar kami terus direct pi Pekan Padang Besar dan beli makanan sebab nak saving , sebab masa buat research kat blog-blog ramai  cakap mahal makanan atas train tu..

               So, lepas beli makanan kami terus check in imigresen Malaysia-Padang Besar. Ok! imi kat train tak la sesesak imi kat Bukit Kayu Hitam tu..boley consider lagi la sesak dia..pegawai pun tak banyak kerenah,xdela kena selit duit singgit bagai..pi letak ja pasport kat kaunter,tangkap gambar dia cop dah boleh lepas thailand..haha..Pegawai imi ni tak cerewet sebab depa ni xla berapa fasih nak cakap mesia dan omputih kan..lagipun dalam White card dah isi mana arah tuju kita nak pi bila sampai thailand nanti..so sebab tu kot depa malaih nak soal bebanyak. So cerita pasal White card nie,bila nak pi saja Thailand kena la isi White card,White card ni lebih kurang macam form kecik la, dia ada dua form 1 Depart dan lagi 1 Arrival. Dua-dua kena isi nama, passport no..arah tuju hampa..stay kat mana..isikan pastu masa check in imi depa akan cop dan bagi balik form Arrival kat hampa..yang depa bagi Form Arrival tu jangan buang na..simpan sebab nanti nak balik Malaysia ampa kena bagi balik form tu kat depa untuk lepas border. " AWAS" jangan bagi hilang...

         

Ni masa kat border Malaysia-Thailand..tengah que tunggu turn nak cop passport.
( Dari kiri  Dayah,Diknah,in dan aku )



Muka ceria sebab semua lepas imiThai - tunggu berejam jugak train ke Bangkok ni -.-


Backpakers Sado


As usual - acah -.-

Train sampai around 6 petang jugak..sebelum bertolak tu ada la abang siam ni mai juai sim kad siam kat kami.Sim kad DTAC tak silap aku..so, 1 sim kad share 2 orang..1 around 200 bath camtu..unlimited data selama seminggu..hotspot pn lajuuuu ja..memang best la layan korea ataih train nanti..huhu.. 

So bermulalah perjalanan kami dari Padang Besar ke Bangkok. Dalam train masa siang seat nya kerusi macam biasa,bila malam pekerja-pekerja train akan datang ubah dari sit seat ke Bed seat..so kalau tak ubah awal -awal pun takpa sebab pekerja dia 24hrs lalu lalang kot situ.

Tara..sit seat di ubah ke bed seat..


Dalam train before ubah ke bed seat.

Masa perjalanan dari Padang Besar ke Bangkok dalam 16 jam.Dalam train akan ada pekerja train datang ambil order untuk makan malam dan breakfast pagi esok.So memang kebenaran tidak pernah kalah..mahal bebenar makanan dia..nasi goreng saja 2x ganda harga..haha..kami just ambik breakfast punya pakej ja..tu pun dah rasa mahai -.-..kurang 200 bath saja dok dalam train pun.. T.T

Next day punya cerita aku cita untuk next entry na...bersambung..

Selasa, 22 Ogos 2017

Pembuka Bicara

Permulaan Baru Untuk Pengembara Kecil

Assalamualaikum w.b.t...
dan Salam Sejahtera semuanya..

Hi! Nama cheq nonie,dari Padang Serai Kulim Kedah Darul Aman.Cheq sangat suka aktiviti luaq yang adventure terutama sekali melancong secara gamble nie..dalam omputih orang kata "Backpakers".
Maaf, dalam blog nie mungkin cheq akan campoq bahasa sikit,beloghat utaqa..sebab cheq nak santai-santai ja..tak mau bersastera sangat..huhuhu..
Selain dari berkongsi kisah pengembaraan cheq kat sini,cheq jugak akan kongsi aktiviti-aktiviti yang cheq buat waktu hujung minggu kat sini.
So, nanti na cheq update pelan-pelan pasai pengembaraan cheq yang lepaih  and yang terbaru bagi ampa na... :)
ni cheq kongsi sikit sekeping gambaq cheq pi Bangkok,Thailand bulan 3 ritu..


Wif gang masa kat Hostel di Bangkok..yg tengah tu staff hostel yang cheq inap kat sana..

Backpack to Bangkok,Thailand - Part 1

Hi assalamualaikum...              Ni baru nak start nak cerita pasai backpack yang lepas,biasalah kan baru nak mula so dia punya rasa ak...